Isu Rohingya: Di mana Suu Kyi pejuang kebebasan, penerima Hadiah Nobel Keamanan?

aung-sang

AUNG San Suu Kyi dikenali sebagai pejuang hak asasi manusia di Burma.

Bapanya Jeneral Aung San dari etnik Burman, merupakan jeneral yang berunding dengan British untuk memerdekakan Burma, sebelum dia sendiri mati dibunuh.

General Aung San juga telah berkonspirasi menafikan hak kerakyatan penduduk Rohingya ketika Persidangan Panlong pada tahun 1945.

Jeneral Aung San jugalah yang telah mengasaskan Modern Burmese Army yang sejak itu telah menjalankan lebih 19 operasi ketenteraan menghapuskan, membunuh, merogol, menyembelih etnik Muslim Rohingya.

Suu Kyi adalah penganut Buddha Theravada. Aliran Buddha ini terlibat dalam komplot pembersihan etnik umat Islam Rohingya sejak tahun 1942.

Antara tokoh sami yang terkenal adalah Ashin Wirathu yang memimpin hampir 2,500 sami melaksanakan Burmanisasi sejak sekian lama.

Ironinya, Suu Kyi lahir daripada benak etnik Burman dan juga beragama Buddha yang kedua-dua elemen bangsa dan agama ini telah terlibat dalam penghapusan etnik Muslim Rohinyga yang juga berasaskan sentiman etnik (Rohingya) dan agama (Islam).

Tapi hari ini, Suu Kyi masih mengunci mulut.

Hanya kenyataan wakil partinya (NLD) sahaja yang muncul di media.

Isnin lalu, jurucakap NLD berkata, masyarakat Rohingya wajar diberikan hak asasi. NLD juga mahu satu jalan penyelesaian diambil berhubung hak mereka untuk mendapat kewarganegaraan.

Mungkinkah Suu Kyi mengelakkan daripada membuat kenyataan yang hanya akan memarakkan lagi perbalahan antara penganut Buddha yang majoriti dan Rohingya yang minoriti?

Adakah Suu Kyi yang sebelum ini terkenal dengan pro-keamanan dan demokrasi sehingga dianugerahkan Anugerah Nobel Keamanan pada 1991 kini takut kepada pemimpin sami Buddha yang rasis, Ashin Wirathu yang vokal mewakili kumpulan Buddha?

Adakah Suu Kyi, yang disenaraikan oleh Forbes sebagai antara 61 wanita berkuasa di dunia tahun lalu kini risau akan masa depan partinya dalam menghadapi pilihan raya Parlimen yang dijangka berlangsung enam bulan lagi jika dia menyentuh isu sensitif ini?

Ke manakah hilangnya ‘semangat keamanan dan hak asasi manusia’ kesan anugerah Nobel Keamanan yang diterimanya pada tahun 1991 dahulu?

Kata Pedang: Jika dulu ASEAN menerima keanggotaan Myanmar kerana negara itu mula menunjukkan mereka mengutamakan hak asasi manusia, kini tiba masanya ASEAN menggantung keahlian Myanmar kerana melanggar hak asasi manusia apabila melaksanakan penghapusan etnik Rohingya.

Penafian: KATA-KATA PEDANG adalah satu ruangan baru di ISMAweb. Ia adalah segmen lidah pengarang yang diterbitkan setiap hari dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai pertubuhan Islam sederhana.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?