Isu TH beli tanah 1MDB: Jangan buat kerja bodoh nak jual kepada bukan Islam

USTD-IBRAHIM-3

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 9 Mei – “Lebih baik letak jawatan daripada terus buat kerja bodoh,” kata Presiden PEMBINA, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz membidas kenyataan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata, tindakan Azeez yang mahu menjual semula tanah tersebut kepada bukan Islam jelas suatu tindakan bodoh.

“Tindakan tersebut hanya membuktikan bahawa Azeez mengikut telunjuk Najib dan tidak mengamalkan ‘Good Governance’ dalam memutuskan sesuatu perkara.

“Sepatutnya Azeez selesaikan dengan bijak, buktikan pada masyarakat jika pelaburan tersebut sesuatu yang berbaloi, sudah tentu ia mempunyai ROI yang menyakinkan.

“Menjual semula tanah tersebut hanya membuktikan bahawa TH telah buat kesilapan dan mengambusnya dengan menggali lubang yang lain,” katanya kepada Ismaweb.

Pagi tadi Azeez mengeluarkan kenyataan seolah-olah terpaksa menjual semula tanah yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan ramai pihak yang membantah tindakan mereka itu.

Azeez berkata, TH menghormati kerisauan makcik-makcik dan pakcik-pakcik (pendeposit).

“Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual kepada orang bukan Islam,” katanya.

Ustaz Ibrahim berkata, lagi banyak tindakan yang diambil, lagi banyak menampakkan kebodohan mereka.

“Sepatutnya tunjuklah sikap cerdik dan bertanggungjawab dalam menangani isu ini,” katanya.

Isu ini mencetuskan kontroversi apabila satu dokumen sulit perjanjian pembelian tanah antara TH dan 1MDB didedahkan oleh sebuah laman blog menyebabkan pihak pengurusan TH membuat laporan polis.

Lebih panas apabila semakan di laman web TH dan 1MDB mendapati Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Tan Sri Ismee Ismail juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

Begitu juga Timbalan CEO TH yang juga Timbalan Pengarah Urusan TH, Datuk Johan Abdullah merupakan pengerusi kepada sebuah anak syarikat 1MDB iaitu Edra Energy Sdn Bhd.

Manakala, Ahli Panel Pelaburan TH, Tan Sri Dr Abdul Samad Alias juga merupakan Ahli Panel Penasihat 1MDB.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian