Isu TH: Salah guna dana awam untuk selamatkan 1MDB

 

kata bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia

dr-rosli-ex-bank-negara

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

AMPANG, 9 Mei – Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakop menyifatkan pembelian sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB sebagai salah guna dana awam untuk menyelamatkan 1MDB.

“Ini adalah satu tindakan mengerah badan-badan dana awam untuk menyelamatkan sebuah syarikat yang tidak mungkin diselamatkan lagi,” katanya kepada ISMAweb, hari ini.

Katanya, sebelum ini dana awam telah digunakan untuk menyelamatkan banyak syarikat yang nazak seperti 1MDB.

“Contohnya dana Petronas telah digunakan sebanyak dua kali untuk menyelamatkan Bank Bumiputera. Akhirnya Bank Bumiputera runtuh habis, tinggal batu nisan sahaja.

“Sehingga hari ini dana-dana awam ini sebagai satu kumpulan telah membeli hampir 70 peratus saham FGV di pasaran, kalau dana ni tak dikerah untuk sokong harga FGV, harga FGV mungkin telah jatuh bawah dua ringgit.

“Ini adalah salah guna dana awam unutuk kepentingan syarikat-syarikat tertentu yang kita rasa akhirnya akan merugikan rakyat,” katanya.

Beliau yang telah berkhidmat selama 18 tahun di Bank Negara Malaysia ditemui ketika Persidangan Pemerkasaan Wanita Antarabangsa (IMEC 2015) anjuran Wanita ISMA dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan The Muslim Debate Initiative (MDI).

Ketika ditanya berkenaan keputusan pihak Tabung Haji untuk menjual semula tanah itu, Dr Rosli berkata penjualan semula tanah bukan isu sebenar.

“Jual balik bukan isu dia, isu dia kenapa gunakan dana awam untuk selamatkan sebuah syarikat yang tiada harapan untuk dipulihkan,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?