Jika ultra kiasu memerintah Malaysia…
Ladang babi, kilang arak, judi, kelab malam bertambah
Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin
BANGI, 4 Mei – Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, sekali lagi mengingatkan umat Islam supaya memastikan negara ini tidak jatuh kepada puak-puak ultra kiasu.
Katanya, jika negara ini jatuh ke tangan ultra kiasu, paling kurang pun mereka akan meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri dan membuat beberapa desakan lain untuk kepentingan mereka.
Beliau juga berkata, jika ultra kiasu memerintah negara ini ladang babi, kilang arak, judi dan kelab malam akan bertambah.
“Saya tidak boleh bayangkan jika kepemimpinan negara ini jatuh ke tangan ultra kiasu. Paling kurang pun mereka akan minta jawatan Timbalan PM. Mereka akan desak sekolah perkauman, rumah ibadat ditambah. Sijil UEC diiktiraf. Tanah-tanah yang diduduki secara haram, diberikan pajakan 999 tahun. Begitu juga dengan ladang khinzir, kilang arak, judi, kelab malam akan bertambah.
“Bukanlah kita hendak menidakkan hak golongan minoriti. Tetapi apa yang ada pada hari ini sudah lebih dari mencukupi,” katanya dalam tulisan terbaru disiarkan Sinar Harian, hari ini.
Beliau juga mendedahkan bagaimana portal berita ultra kiasu melaporkan bahawa beliau terlibat dalam penganjuran program Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu dan bersetuju jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur.
“Saya dijemput Gabungan NGO Prihatin dalam bercakap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Mahathir (Tun M). Jemputan dibuat kerana pihak penganjur mahu orang akademik bercakap kerana mereka sudah muak dengan orang politik. Atas dasar sangka baik, saya menerima jemputan tersebut. Saya diberi peluang untuk bercakap selama 15 minit sebelum Tun M bercakap.
“Saya tidak berpihak mana-mana. Inti pati ucapan saya adalah krisis yang berlaku antara Tun M dan PM tidak menguntungkan umat Islam. Sudah tentu ultra kiasu yang untung besar dan mengambil kesempatan. Bincanglah apa yang benar, apa yang salah, bukannya siapa benar, siapa salah. Tidak semestinya saya terikat dengan pandangan Tun, terutama dalam isu hudud. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, meskipun saya diberitahu supaya bercakap senada dengan Tun.
“Tiba-tiba portal ultra kiasu melaporkan saya terlibat menganjurkan program tersebut dan setuju dengan Tun M agar PM meletak jawatan. Bila pula saya berkata demikian. Ini adalah pembohongan. Hati-hati.
“Negara ini mesti diselamatkan daripada jatuh ke tangan ultra kiasu dalam krisis Tun-PM. Umat Islam mesti bersatu atas nama kebenaran, tidak kira Umno atau Pas. Kita sudah tidak ada banyak masa,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan