JUALAN PANIK TANAH TH PERKUKUH ANGGAPAN KEPEMIMPINAN NAJIB ‘FLIP-FLOP': ZAM

zainuddin-maidin

BANGI, 10 Mei – Keputusan Tabung Haji (TH) menjual tanah yang dibeli daripada agensi pelaburan kerajaan yang bermasalah, 1MDB, atas nasihat Perdana Menteri, tidak akan memberi ‘kredit’ kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, keputusan ‘panik’ itu telah menghilangkan rasa hormat rakyat kepada beliau dan menjatuhkan maruah kerajaan.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, berkata penjualan semula tanah yang dibeli daripada 1MDB dengan harga RM188.5 juta atas nasihat Perdana Menteri menunjukkan ianya dibuat dalam keadaan panik.

“Suatu keputusan yang dibuat dengan gopah-gapah dan terburu-buru kerana panik tidak mencerminkan kematangan pertimbangan dan menampaKkan kelemahan pimpinan.

“Datuk Seri Najib tentunya mengharapkan tindak balas positif dari rakyat atas keputusannya itu tetapi hakikat sebenarnya telah menghilangkan rasa hormat rakyat dan menjatuhkan maruah kerajaan.

“Penjualan kembali dalam keadaan panik ini jelas memperkuatkan lagi anggapan ramai selama ini tentang kepimpinan Datuk Seri Najib yang flip-flop dan kesilapan dalam membuat beberapa keputusan penting mengenai rakyat dan negara seperti penghapusan ISA dan pembatalan hasrat untuk hapuskan Akta Hasutan,” katanya yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

Dalam tulisan terbaru blognya, Zainuddin yang mesra dipanggil Zam turut membidas alasan Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim bahawa tindakan menjual tanah itu dibuat kerana menghormati sensitiviti penyimpan.

“Eritnya Lembaga TH tidak sensitif terhadap perasaan pendeposit sebelum pekara ini terdedah secara haram. Sensitif kerana telah terdedah dan bukan kerana penghayatan sebati terhadap amanah pencarum,” kata Zam.

ZAMM

Katanya, ramai yang ‘termuntah’ apabila dalam berita TV3, Azeez mengatakan penjualan semula itu untuk menghentikan fitnah daripada terus berlaku.

“Apakah Tun Mahathir telah melakukan fitnah atau Tun Mahathir telah menjalankan perintah Allah untuk mengatakan sesuatu yang benar walaupun pahit?,” katanya.

Beliau berkata, dalam masa kes 1MDB masih dalam siasatan, pendedahan mengenai pembelian tanah 1MDB oleh TH menyebabkan rakyat melihat kebenaran dalam tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan masalah kecurangan dalam pengurusan kewangan 1MBD termasuk hutang berbilion ringgit yang tidak dapat dibayar.

Zam juga berkata, Najib kini bukan saja berdepan tekanan daripada rakyat bawahan malah hingga istana, apabila Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menyifatkannya tidak masuk akal.

“Najib sedang menghadapi tekanan dari rakyat bawahan hingga ke istana, dari pemimpin UMNO, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Naib-naib Presiden UMNO dan lain-lain lagi mengenai 1MDB yang Najib adalah penasihatnya,” katanya.

Zam juga yakin pada perhimpunan ulang tahun UMNO ke-69 yang bakal dihadiri 160 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara, esok, Najib tidak akan mengumumkan peletakan jawatannya.

Kata Zam:

“Rakyat sedang menungu suatu ucapan penting Presiden UMNO Datuk Seri Najib sempena ulang tahun UMNO ke 69 Isnin ini tetapi pastinya bukan mengenai peletakan jawatan sebaliknya seruan kepada seluruh pemimpin UMNO supaya mengekalkan perpaduan untuk membantu beliau menghadapi cabaran yang lebih besar.”

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?