Kali pertama Palestin dipilih pengerusi mesyuarat UNESCO

unesco

PARIS, Sabtu – Buat kali pertama, Palestin dipilih untuk mempengerusikan Mesyuarat ke-3 Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), minggu ini.

Palestin menjadi anggota penuh ke 195 UNESCO pada tahun 2011 dengan sokongan majoriti besar negara ahli.

Pemilihan mempengerusikan mesyuarat dengan hampir 130 negara anggota, Palestin dilihat terus mendapat pengiktirafan di mata dunia.

Timbalan Duta Palestin ke UNESCO, Mounir Anastas berkata, pengiktirafan itu memberi semangat dan kekuatan kepada rakyat Palestin untuk terus mempertahan tanah air mereka.

Mesyuarat ini, kata Anastas bertujuan mendapatkan kembali hak nilai budaya yang dimusnahkan Zionis Israel terutama kawasan Tebing Barat.

“Seperti yang anda lihat, Israel bukan di kalangan pihak-pihak negeri untuk menghadiri mesyuarat itu, yang akan menawarkan Palestin rangka kerja undang-undang untuk mendapatkan hak,” kata Anastas.

Mengulas proses pemilihan perwakilan Palestin ke mesyuarat itu, Anastas berkata, inisiatif yang dibuat oleh negara-negara Arab itu disokong kebanyakan negara.

“Walaupun negara-negara lain mengundi menentang pengiktirafan Palestin sebagai negara anggota penuh kepada UNESCO, namun negara seperti Kanada dan Jerman mengucapkan tahniah kepada kami, kecuali Amerika Syarikat,” katanya.

UNESCO adalah satu-satunya agensi PBB setakat ini yang mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?