KATA-KATA PEDANG: Empat takbir untuk demokrasi di Mesir

morsi in stadium
LEBIH 13 juta rakyat Mesir telah memilih Muhammad Morsi dalam pusingan kedua pilihan raya presiden negara itu pada Jun 2012.

Angka itu bersamaan 51.73% daripada 26 juta rakyat yang keluar mengundi dalam pilihan raya itu.

Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) itu berjaya mengalahkan calon bebas Ahmed Shafik yang mendapat 48.27% undi.

Inilah demokrasi. Seseorang itu naik dan turun melalui peti undi hasil pilihan majoriti.

Pada 3 Julai 2013, beberapa hari selepas genap setahun bergelar Presiden di negara ‘abang’ di rantau Arab, Morsi digulingkan oleh tentera.

Sejak itu, beliau dikurung dan dibicarakan dengan pelbagai pertuduhan palsu.

Terkini, Morsi dan lebih 100 penyokong Ikhwan Muslimin dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan terlibat dalam rusuhan di Penjara Natroun dan jenayah risikan untuk Hamas.

Apa yang berlaku di Mesir adalah satu hakikat yang telah pun berlaku di Gaza apabila Hamas memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan pada tahun 2006.

Kerajaan Hamas tidak digulingkan namun rakyat Gaza keseluruhannya dihukum dengan sekatan ekonomi antarabangsa dan kehidupan mereka diseksa dengan pembinaan dinding ‘penjara terbesar’ di dunia.

Hanya kerana Ikhwan Muslimin dan Hamas mengisytiharkan dasar perjuangan mereka adalah Islam, tiada demokrasi bagi mereka.

Hanya kerana Ikhwan Muslimin dan Hamas menentang kewujudan (negara) Israel dan dilihat berpotensi mengancam kedudukan Israel, tiada demokrasi bagi mereka.

Hanya kerana Ikhwan Muslimin dan Hamas meletakkan syariat Islam sebagai dasar negara, tiada demokrasi bagi mereka.

Oleh itu, demokrasi di dua negara ini layak dihadiahkan empat kali takbir (solat jenazah).

Demokrasi telah mati untuk pejuang Islam.

Demokrasi hanya alat untuk menaikkan pejuang selain Islam. Jika ada pejuang Islam yang naik melalui demokrasi secara sah, nasib mereka tidak akan bertahan lama.

Inilah satu pengajaran berharga untuk pejuang Islam di negara lain khususnya Malaysia.

Demokrasi hanyalah alat ciptaan kafir yang digunapakai ketika ini bagi memenuhi aspirasi mereka. Apabila alat itu memakan tuan, ia dengan mudah dimatikan.

Usah tertipu dengan slogan demokrasi yang dilaungkan. Cukuplah kisah Morsi dan Hamas menjadi pengajaran.

Kata-Kata-Pedang-ISMAwebPenafian: KATA-KATA PEDANG adalah satu ruangan baru di ISMAweb. Ia adalah segmen lidah pengarang yang diterbitkan setiap hari dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai pertubuhan Islam sederhana.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?