Kekejaman Buddha di Burma, kenapa dunia membisu?

tokoh-dr-asri-zainul-abidin

Oleh Azri El

BANGI, Jumaat – Sikap ‘diam seribu bahasa’ dan hanya sekadar melihat kekejaman penganut Buddha terhadap minoriti Islam Rohingya di Burma, menimbulkan tanda tanya.

Umum mengetahui betapa umat Islam Rohingya dilayan secara kejam oleh pemerintah junta tentera dan rakyat negara itu yang majoriti beragama Buddha.

Malah, ada yang menyifatkan pembunuhan beramai-ramai warga Rohingya sebagai ‘penghapusan etnik’.

Bagi Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin, sikap membisu dunia terhadap kekejaman yang dilakukan penganut Buddha Burma mempamerkan ‘double standard’.

Katanya, jika perkara serupa berlaku di negara Islam, sangat cepat bagi Barat melabel Islam sebagai agama keganasan.

“(Namun) tidak pula dunia menyatakan itu merupakan ekstremis Buddha ataupun ajaran Buddha itu menyeru kepada keganasan.

“Mereka hanya mengaitkan Islam dengan keganasan tetapi mendiamkan diri apabila muslim dibunuh dengan zalimnya.

“Adakah penganut Buddha dalam negara ini yang membantah apa yang berlaku di Burma?” soalnya di laman Facebook beliau.

Berbeza dengan Islam, ulama Islam kata Mohd Asri, sering membantah tindakan salah ataupun ganas jika dilakukan oleh kelompok muslim sebagai tanda Islam tidak boleh dikaitkan dengan keganasan.

“Namun, kita jarang mendengar bantahan tokoh-tokoh agama lain seperti Buddha mengenai apa yang dilakukan oleh penganut mereka. Harap mereka juga ada sikap tegas,” katanya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rohingya adalah salah satu etnik minoriti di dunia yang paling teruk ditindas.

Bahkan, yang lebih menyedihkan kerajaan Burma telah mengklasifikasikan Rohingya sebagai ‘pendatang’ kepada Myanmar dan dengan itu tidak layak untuk menjadi warganegara Myanmar.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian