(KEMAS KINI) Tun Dr M kata Najib bohong kepada rakyat

tun-1mdb-1

BANGI, Ahad – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus menerus melakukan pembohongan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, jawapan bertulis Perdana Menteri kepada soalan dibangkitkan di Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

“Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong. Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

“Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura,” kata beliau dalam kiriman terbaru bertajuk ‘NAJIB DAN PEMBOHONGAN’ dalam blog beliau hari ini.

Tun Dr Mahathir berkata, adalah jelas daripada pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah AS1$1.103 bilion (RM3.6 bilion) dimasukkan ke dalam bank BSI, sebaliknya adalah dokumen atau surat pengakuan yang disimpan dengan bank.

“Apa dia nya surat ini tidak dijelas, tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai,” katanya.

Katanya, BSI bank kemudian melaporkan bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh ‘Brazen Sky’, anak syarikat 1MDB adalah palsu dan bukan daripadanya.

“Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.

“BSI bank telah lapor kepada Monetary Authority of Singapore (MAS – Penguasa Kewangan Singapura) bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya. isma-slv-front-48

“Pada kebiasaannya MAS melapor maklumat ini kepada Bank Negara. Ini jelas dari pengakuan bahawa kononnya laporan ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima laporan Monetary Authority Singapore.

“Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura.

“Perbuatan “cover-up” atau menyembunyi kesalahan dalam urusan kerajaan adalah salah di segi undang-undang,” kata Tun Dr Mahathir lagi.

Beliau turut merujuk kepada peruntukan Seksyen 218 Undang-Undang Jenayah Malaysia yang menyebut:

Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”

Tun Dr Mahathir berkata, adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Kepulauan Caymans dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar.

Katanya, mereka yang membuat laporan yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.

“Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik kerajaan yang dihutang dengan jaminan kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan negara berkenaan dengannya.

“Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian