Kerajaan beku pengambilan kakitangan baharu

mahmood-adam

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mahmood Adam

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Hanya jawatan kritikal dalam kerajaan masih terbuka kepada pengambilan baharu, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam.

Individu yang telah ditemu duga untuk program praperkhidmatan sebelum 22 April juga tidak akan terjejas dalam pembekuan pengambilan kakitangan baru mengikut pekeliling yang diedarkan itu.

Sambil enggan mendedah lanjut mengenai pembekuan itu, Mahmood berkata, peluang pekerjaan yang diiklankan sebelum tarikh itu juga tidak akan dibatalkan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah pembuat keputusan (dalam perkara ini), SPA hanya pelaksana arahan.

“Jadi, butiran lanjut patut dirujuk kepada JPA,” beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar Sin Chew Daily.

surat-spa

Difahamkan, sekurang-kurangnya 15 agensi kerajaan dimaklumkan supaya menangguhkan pengambilan kakitangan baru.

Arahan itu terkandung dalam pekeliling ‘Inisiatif penggunaan sumber manusia secara optimum’ yang dikeluarkan bulan lalu.

Mengikut pekeliling itu, kerajaan membuat keputusan terdapat keperluan untuk mengawal jumlah perjawatan dan pengisian sektor awam supaya sumber manusia yang ada sekarang digunakan secara optimum.

Sehubungan itu, pengwujudan jawatan baharu dibekukan bagi semua kementerian dan jabatan serta agensi berkuat kuasa mulai 22 April lalu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian