‘Kit Siang, berhenti cakap pasal Islam’

hafiz pembela
Oleh Azri El

BANGI, Khamis – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) memberi peringatan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar berhenti daripada bercakap menyentuh isu agama Islam.

Pengerusinya, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, berkata veteran DAP itu tidak perlu masuk campur dalam urusan orang Islam apatah lagi untuk ‘mengajar’ tentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

“Kalau dia tak anti-Islam, dia kena hormat Islam. Tak payah cakap tentang Islam dan amalan dalam Islam.

“Tetapi dia tidak menghormati Islam malah dia cuba mengajak orang Islam untuk tidak menghormati Islam (menolak hudud),” katanya kepada Ismaweb.

Mohamed Hafiz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin rasis DAP itu yang kononnya tidak anti-Islam sekalipun menolak pelaksanaan hukum hudud.

Penegasan penolakan hudud itu dibuat Kit Siang di hadapan rakyat Kelantan pada satu ceramah anjuran PAS Kota Bharu Ahad lalu.

Turut hadir pada ceramah itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Pesuruhjaya PAS Kota Bharu, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.

Mengulas lanjut, Muhamed Hafiz berkata ucapan Kit Siang menolak hudud itu juga bukan sahaja boleh mengelirukan rakyat Kelantan malah boleh mencipta gelombang tidak sihat antara agama.

“Ia satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Bukan sahaja menghina rakyat Kelantan, tetapi menghina institusi Istana,” katanya.

Sementara itu beliau turut kesal dengan PAS Kota Bharu yang menyediakan pentas kepada pemimpin bukan Islam itu untuk menghina hudud di hadapan orang Islam.

Penganjur katanya, tidak boleh memperalat bukan Islam semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Sebelum ini Ketua Penerangan ISMA Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman mencabar pemimpin rasis itu mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam.

“Kalau Kit Siang kata dia tak anti-Islam, dia kena iktiraf dulu Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Dia kena sokong Malaysia adalah negara Islam sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Itu baru betul dia bukan anti-Islam,” katanya.

Undang-undang hudud mencetuskan penentangan DAP selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 atau undang-undang hudud.

Ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Kelantan Yang Ke-13 2015 di Kompleks Kota Darulnaim 16 Mac lalu, Sultan Muhammad V juga menyokong usaha kerajaan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian