Lebih 700 pendatang ditemui Tentera Laut Myanmar

rohingya 31 mei
YANGON, Ahad – Lebih 700 pendatang yang ditemui dalam sebuah kapal nelayan oleh Tentera Laut Myanmar yang dibawa ke Wilayah Rakhine.

Sebanyak 727 orang, termasuk 74 wanita dan 45 kanak-kanak itu telah ditemui dalam kawasan delta Irrawaddy. Media Antarabangsa melaporkan 50 penumpang terbunuh sebelum diselamatkan.

Kapal tersebut adalah yang terakhir dijumpai ketika kawasan itu menghadapi bencana pendatang sejak awal Mei.

Kira-kira 3,500 pendatang mendarat di Thailand, Malaysia dan Indonesia, dan dianggarkan 2,500 lagi masih terdampar di laut.

Sebahagian besar dari pendatang tersebut adalah warga Rohingya dari Wilayah Rakhine, Myanmar, atau yang lari akibat kemiskinan di Bangladesh.

Kumpulan majoriti Buddha Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai kumpulan etnik asli dan para pegawai sering merujuk mereka dengan nama “Bengali” dari negara jiran.

“Mereka akan dibawa ke Rakhine dekat Bangladesh esok atau lusa.

“Orang-orang ini berasal dari bangladesh, kami akan bawa mereka kembali ke Wilayah Rakhine kerana dekat (dengan sempadan),” kata Myo Win, bagi pihak Myanmar.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian