Lima warga Arab Saudi terbunuh bandar dibedil Syiah Houthi

najran-3

RIYADH, 7 Mei – Lima orang, termasuk pegawai penjara terbunuh dan 12 orang dilaporkan cedera dalam serangan peluru mortar di Najran, bandar di barat daya Arab Saudi, berdekatan dengan sempadan Yaman semalam.

Menurut Jurucakap Pertahanan Awam, serangan tersebut menyebabkan Kapten Peronda Penjara, Koperal Hyyan Al-Wadie terkorban. Antara lain ialah dua penumpang di dalam kereta awam, seorang pekerja di sebuah kedai tayar dan pejalan kaki.

Manakala mangsa yang tercedera dikejarkan ke hospital berdekatan.

Ini adalah kali pertama militan Syiah Houthi melancarkan mortar dan peluru berpandu ke arah bandar di Arab Saudi.

Selain itu, Jurucakap Pertahanan Awam di Jazan, Major Yahya Abdullah Al-Qahtani, berkata pasukannya menerima laporan pada jam 11.45 malam yang memaklumkan mengenai sebuah kompleks perumahan di kampung Al-Bahteet telah diserang.

Dalam insiden itu beliau mengesahkan dua orang telah terkorban dan tiga orang cedera parah. Dua yang lain yang mempunyai masalah pernafasan dan cedera ringan telah dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Susulan itu, Al-Qahtani, berkata sebuah jawatankuasa di ibu pejabat Pertahanan Awam di Jazan telah ditugaskan untuk memantau keadaan dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi rakyat Arab Saudi.

Menurut satu laporan, peluru mortar dan peluru berpandu Katyusha yang dilancarkan Syiah Houthi telah merosakkan beberapa buah sekolah, rumah, pusat beli-belah, kereta dan hospital di Najran pada hari Selasa.

Ketika kejadian, tiga pelajar di sebuah sekolah daerah Al-Mokhayam cedera dalam serangan, bagaimanapun mereka dalam keadaan stabil. Walaupun begitu, seorang pelajar terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang serpihan peluru dari belakang badannya. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian