Lindsay Lohan tertarik kepada Islam
NEW YORK, Jumaat – Ini bukan kali pertama pelakon Amerika, Lindsay Lohan, dikatakan tertarik dengan Islam, selepas pada Rabu lalu, dia dirakam membawa senaskhah al-Quran ketika hadir melakukan khidmat kemasyarakatan di Brooklyn.
Awal tahun ini, pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik imej ayat suci al-Quran dalam laman Instagramnya, tetapi kemudian dipadam.
Berikutan tindakannya membawa al-Quran itu, timbul khabar angin mengatakan dia kini mula mendekati dan mempelajari Islam.
Menurut laporan, Lindsay yang dibesarkan sebagai Katholik mula menunjukkan minat terhadap kepercayaan lain sejak awal usia remaja.
Pelakon itu yang dikatakan menghadapi ’emosi detoksifikasi’ untuk menjauhkan diri daripada arak dan berpeleseran, membawa senaskhah al-Quran dan terjemahan selepas keluar dari pusat kanak-kanak di mana dia diperintah menjalani khidmat masyarakat.
Pelakon itu diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 125 jam berikutan satu nahas kereta yang berlaku di Los Angeles pada 2012.
Dia dilaporkan mengaku salah memandu dalam keadaan cuai dan membohongi pihak polis. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan