Mahasiswa UKM tabur bakti di Wad Pediatrik PPUKM

isma-komuniti

Pelajar UKM yang mengambil bahagian dalam program ‘Projek Ceria Anak Syurga’ bergambar bersama staf Wad Pediatrik PPUKM.

Oleh Nur Sabihah Nawi

CHERAS, Selasa – Tiga puluh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kalangan ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengambil inisiatif menceriakan pesakit cilik di Wad Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dalam program ‘Projek Ceria Anak Syurga’ pada 14 Mei lalu.

Menurut Ketua Projek, Ahmad Najib Zainal, program yang berlangsung selama setengah hari itu bertujuan mengembalikan semula semangat kanak-kanak yang menghidap penyakit di usia muda, selain menyumbang khidmat bakti kepada kampus universiti sendiri.

Kehadiran peserta disambut baik oleh Pegawai Perhubungan Awam PPUKM, Puan Norhayati Md Raji.

Program anjuran PEMBINA dan Yayasan Ikhlas ini dimulakan dengan persembahan badut yang mencetuskan senyuman pada wajah pesakit cilik tersebut.

Program diceriakan dengan sesi perkongsian cerita-cerita menarik, selain sempat meninggalkan hasil lukisan mural di dinding wad sebagai projek menceriakan pemandangan hospital untuk kanak-kanak di sana.

Peserta juga berkesempatan melawat pesakit cilik ini di sekitar wad sambil menyampaikan sumbangan barangan.

Ahmad Najib berkata, program ini diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi menjunjung hasrat Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali iaitu UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara.

Akhir tahun lalu, PEMBINA UKM telah mengadakan program bakti masyarakat dengan menyerahkan ‘Nasi Bungkus’ kepada golongan gelandangan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?