Malaysia wajar terima pelarian Rohingya

Abd-Rahman-MD-Dali-2

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, hari ini menggesa kerajaan supaya menerima pelarian Rohingya beragama Islam yang telah dianiaya di Myanmar.

Naib Presiden ISMA, Abdul Rahman Mt Dali dalam satu kenyataan berkata, selaku negara Islam Malaysia perlu menerima mereka yang dilayan dengan kejam dan terpaksa menempuh bahaya mencari perlindungan di negara lain dengan menaiki kapal.

“Malaysia sebagai negara Islam dan atas dasar membantu sesama Islam dan dasar kemanusiaan, kita wajar menerima pelarian Rohingya yang dilayan dengan kejam di negara mereka.

“Kita mengambil contoh Turki yang menerima pelarian Syria. Kita juga satu masa dahulu menerima pelarian Bosnia dan Vietnam. Mengapa tidak Rohingya pula?” katanya.

Katanya, kerajaan perlu menyelamatkan nyawa mereka terlebih dahulu dan memberikan penempatan sementara.

“Selamatkanlah mereka. Bukankah hukumnya wajib membantu saudara seagama yang dianiaya?

“Mustahil negara tak mampu tanggung kos berkaitan apabila kita mengaku sebagai negara kaya,” katanya.

Beliau berkata, kedatangan mereka boleh dimanfaatkan dengan diberikan latihan dan dijadikan tenaga kerja.

Abdul Rahman juga memuji pihak berkuasa Acheh yang menyelamatkan sebahagian pelarian Rohingya.

Selain itu, Abdul Rahman turut mempertikai dasar luar Malaysia yang disifatkan sebagai lemah.

Ribuan pelarian Rohingya dilaporkan menaiki kapal laut dari Myanmar melalui Lautan Andaman dan dihalang memasuki perairan Indonesia, Thailand dan Malaysia dan diarah kembali ke tengah lautan.

Mereka juga dilaporkan telah berlayar selama beberapa bulan dengan bekalan makanan yang kurang.

Human Rights Watch menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘ping pong manusia’ di perairan Lautan Andaman.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?