Marina, simpatisan ISIS wajib betulkan kefahaman Islam, bukan tinggalkan Malaysia

Satu pihak mahu berhijrah kerana menganggap Malaysia tidak cukup Islam, manakala satu pihak lagi hendak berpindah kerana Malaysia mahu menyempurnakan syariat Islam.

Satu pihak mahu berhijrah kerana menganggap Malaysia tidak cukup Islam, manakala satu pihak lagi hendak berpindah kerana Malaysia mahu menyempurnakan syariat Islam (hudud).

Dua laporan oleh portal berita berbeza yang disiarkan kelmarin mungkin kelihatan tidak berkaitan antara satu sama lain tapi jika diteliti, hakikat persamaan antara keduanya amat terserlah.

The Malaysian Insider memetik kenyataan pihak Polis bahawa rakyat Malaysia berhijrah meninggalkan Malaysia untuk menyertai ISIS kerana merasakan negara ini tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

Dalam sebuah laporan oleh Malay Mail Online pula, Marina Mahathir menyatakan akan meninggalkan Malaysia jika hudud dilaksanakan di negara ini.

Satu pihak mahu berhijrah kerana menganggap Malaysia tidak cukup Islam, manakala satu pihak lagi hendak berpindah kerana Malaysia mahu menyempurnakan syariat Islam.

Pada sesetengah daripada kita, Marina dan simpatisan ISIS ini mungkin berfikiran singkat dan bertindak terburu-buru.

Hakikatnya, tindakan mereka ini sebenarnya bertitik-tolak daripada salah faham terhadap ajaran dan tuntutan Islam sebenar yang tidak dirawat, baik secara sengaja mahupun sebaliknya.

Keadaan ini juga merupakan natijah buruk kepada pendekatan yang hanya mengamalkan sebahagian ajaran Islam dan bertindak mengabaikan sebahagian yang lain.

Simpatisan ISIS ini mungkin terpengaruh dengan propaganda perekrut yang menyalahgunakan ayat-ayat jihad dalam Al-Quran. Mereka yang tidak memiliki asas kefahaman Islam yang baik mungkin mudah terjebak ke dalam perangkap ini.

Marina pula memang dikenali sebagai pengarah Sisters In Islam, sebuah gerakan feminis tempatan yang sering menjustifikasikan pendekatan mereka menggunakan ayat Al-Quran secara liberal dan salah.

Marina sendiri sering memberi gambaran yang salah dan serong berkenaan hudud dan pelaksanaannya sehingga mendakwa perincian hukuman hudud sebenarnya tidak dinyatakan dalam Al-Quran!

Adakah seorang yang pernah melancarkan kempen membaca Al-Quran tidak lama dahulu ‘terlepas pandang’ ayat-ayat yang secara jelas menghuraikan bentuk hukuman kepada kesalahan dalam kategori hudud?

Atau, Marina hanya berkenan untuk membaca ayat-ayat yang mewajari hasrat dan tindak-tanduk gerakan feminis sahaja dan meninggalkan terus ayat lain, selari dengan pendirian sahabatnya Amina Wadud yang mendakwa sebahagian teks Al-Quran didapati bermasalah dan boleh ditolak?

Marina dan simpatisan ISIS perlu segera menginsafi keadaan ini dan mendekati Islam sepenuhnya sebagai seorang hamba, bukannya seorang pembeli-belah!

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” Al-Baqarah: 208

Jalan keluar daripada gejala penafsiran Islam yang ekstrem ini tidak lain tidak bukan ialah dengan melengkapkan diri dengan ilmu kefahaman Islam dengan ikhlas dan menerusi sumber yang sahih dan berautoriti.

Tanpa ilmu yang benar, kita akan mudah diperk0tak-katikkan oleh mereka yang beragenda serong, samada yang muncul menerusi kegiatan keganasan mahupun gerakan feminis tajaan Barat.

Semoga rakyat Malaysia keseluruhannya dilindungi Allah daripada kelemahan orang yang tidak berilmu. Dan kita diberi kekuatan untuk menampung kelemahan ini dengan mula melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sahih.

“Barangsiapa dikehendaki baginya kebaikan oleh Allah, maka Dia akan memberikan pemahaman agama kepadanya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kepada Marina dan simpatisan ISIS, daripada bersusah-payah mahu meninggalkan tanah air ini ada baiknya jika doa ini dihayati dan diamalkan:

 “Dan katakanlah, Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” Toha: 114

Kata Pedang: Masyarakat Rohingya pula bertarung nyawa mahu berhijrah ke Malaysia demi mengamalkan Islam dengan bebas dan keluar daripada penindasan kerajaan dan ekstremis Buddha.

Penafian: KATA-KATA PEDANG adalah satu ruangan baru di ISMAweb. Ia adalah segmen lidah pengarang yang diterbitkan setiap hari dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai pertubuhan Islam sederhana.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?