Muslim Australia hadapi diskriminasi kerja

muslim

SYDNEY, Rabu – Kebanyakan majikan Australia melakukan ‘diskriminasi agama’ dalam memilih pekerja dengan menolak pemohon yang beragama Islam.

Kenyataan itu disokong satu kajian yang dijalankan seorang profesor Islam, Riaz Hassa yang mendapati majikan bersikap berat sebelah terhadap permohonan rakyat asing, khususnya yang datang dari Timur Tengah yang rata-ratanya beragama Islam.

Riaz yang juga Pengarah Pusat Persefahaman Islam dan Bukan Islam Antarabangsa berkata, angka bancian dari 2011 menunjukkan, dalam kumpulan umur 25 hingga 44 tahun, 7.4 peratus daripada penduduk Islam menganggur.

“Jelas berlaku diskriminasi dalam pasaran buruh di Australia,” kata Profesor Riaz.

Seorang wanita Muslim yang layak memohon jawatan, ditolak ketika menggunakan nama Islam.

“Apabila dia menggunakan nama Inggeris, beliau menerima panggilan dalam masa 30 minit,” katanya merujuk satu tawaran kerja yang dibuat secara panggilan telefon.

Beliau turut merujuk satu kajian oleh pakar ekonomi Universiti Kebangsaan Australia, yang membuat tawaran kerja palsu bagi melihat permohonan berasaskan kaum.

Kajian itu mendapati, nama dari orang Islam yang membuat panggilan baliksangat rendah berbanding yang lain, kerana tahu mereka tidak akan diambil bekerja. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?