Musuh negara takut kebangkitan ISMA beri gelaran ekstremis

01-pimpinan-1

BANGI, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, menolak tuduhan pihak tertentu bahawa mereka adalah golongan ekstremis agama dan bangsa, kata Ketua Penerangannya, Mohd Hazizi Ab Rahman.

Menyanggah tuduhan tidak berasas itu Hazizi berkata, mana mungkin pendaftar pertubuhan akan meluluskan pendaftaran ISMA sejak 1997 lalu jika ia sebuah organisasi ekstremis.

Perjuangan ISMA kata beliau, menyeru seluruh masyarakat agar mempertahankan identiti negara yang berteraskan Islam dan Melayu sebagai identiti kebangsaan yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan dasar-dasar kerajaan.

“Adakah seruan ke arah mempertahankan teras Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam, Melayu dan institusi Raja dikira sebagai seruan ekstremis?

“Jelas sekali pihak musuh negara amat tidak senang dengan seruan ISMA ini dan cuba untuk menipu khalayak mengenai perjuangan suci ini dengan label ekstremis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

isma-slv-front-46

Sebahagian besar ahli ISMA katanya, berkhidmat di dalam sektor awam dan badan korporat dan aktif melakukan kerja-kerja kebajikan dalam pelbagai platform kemasyarakatan.

Hazizi berkata, jika mereka ekstremis, sudah tentu sukar untuk mendapat kepercayaan masyarakat melainkan mereka mempunyai watak yang sederhana dengan pencapaian cemerlang.

Pimpinan dan ahli ISMA juga kata beliau, terdiri daripada mereka yang berkelulusan ijazah dalam bidang pengajian agama Islam yang biasa dipanggil ustaz dan ustazah, malah sesetengahnya memiliki ijazah kedoktoran dan PhD.

Sebahagian mereka adalah anggota dalam institusi pentadbiran agama Islam dan fatwa, sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

“Munasabahkah bilangan ustaz dan ustazah yang sebegitu ramai, serta tokoh-tokoh institusi agama ini digelar sebagai ekstremis,” soal beliau lagi.

Sehingga kini, kata Hazizi, program ISMA terutamanya dalam bidang pendidikan remaja, keibubapaan dan kebajikan masyarakat sentiasa mendapat kerjasama dan sumbangan agensi kerajaan yang berkaitan.

“Adakah mereka mahu mengatakan agensi-agensi kerajaan ini memberi kerjasama dan sumbangan kepada pertubuhan ekstremis. Jangan biarkan musuh negara menipu anda mengenai ISMA,” katanya.

Sehubungan itu katanya, rakyat jangan mudah ditipu oleh pihak luar yang cuba melabelkan ISMA dengan label ekstremis.

Katanya, masyarakat boleh mengenali ISMA dengan mengenali sifat ahli-ahlinya yang juga mungkin sebahagian daripada anggota keluarga sendiri.

“Perkenalan dan kepercayaan secara peribadi ini pastilah bertentangan dengan label ekstremis yang pihak musuh negara gelarkan untuk ISMA,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian