PAC mulakan prosiding siasatan kemelut 1MDB hari ini

1mdb
KUALA LUMPUR, 19 Mei – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini memulakan prosiding siasatan berhubung kemelut yang dihadapi syarikat pelaburan strategik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  

Prosiding yang berlangsung di bangunan Parlimen itu menyaksikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah antara yang hadir bagi memberi penjelasan dalam mesyuarat yang berlangsung pukul 11 pagi.

Irwan adalah anggota lembaga penasihat 1MDB. 

Turut hadir untuk memberi keterangan pada prosiding PAC itu ialah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdulla.

Mereka berdua akan memberikan kenyataan kepada PAC yang diketuai pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengenai 1MDB.

Setakat pukul 2 petang ini, siasatan masih berjalan dan sidang media dijangka diadakan selepas mesyuarat berkenaan tamat.

PAC mengambil keputusan memulakan siasatan terhadap 1MDB selepas mesyuarat khas yang diadakan pada 30 April lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah mengarahkan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang untuk menjalankan siasatan terhadap 1MDB. 

Menurut Ambrin laporan audit berkenaan 1MDB akan dikeluarkan penghujung Jun depan. – BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?