Pakatan pertahanan 3 negara: Arab Saudi, Pakistan dan Turki

tentera saudi
ARAB SAUDI, 4 Mei – Pembentukan pakatan pertahanan antara tiga negara, Arab Saudi, Pakistan dan Turki kini berada di fasa terakhir sebelum ia dimuktamadkan secara rasmi.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, wakil ketiga-tiga negara telah berunding berkenaan strategi ketenteraan dan perincian pakatan itu bergantung kepada perkembangan semasa.

Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif telah melawat Arab Saudi dan bertemu Raja Salman baru-baru ini.

Sebelum itu, Parlimen Pakistan sibuk membincangkan isu perang Saudi ke atas Yaman dan membuat keputusan untuk tidak terlibat menentang Syiah Houthi.

Bagaimanapun, lawatan Nawaz itu digunakan untuk menjelaskan keadaan kepada Arab Saudi bahawa antara punca Pakistan tidak menyertai serangan ke atas Yaman ialah kewujudan Syiah yang ramai dalam barisan tentera Pakistan.

Nawaz mencadangkan agar dibentuk perjanjian menyeluruh dalam aspek pertahanan manakala Arab Saudi mencadangkan Turki dilibatkan.

Menurut sumber, jalinan perhubungan antara ketiga-tiga negara itu disokong kuat oleh Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan dan sokongan kewangan Arab Saudi.

Sumber: fj-p.com
Diterjemah oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?