Pakatan tentera negara Arab hantar peninjau ke Yaman

f-adenlanding-b-20150505

SANAA, 5 April – Sambil helikopter tempur berlegar-legar di udara, sekurang-kurangnya 20 anggota tentera pakatan negara Teluk mula memasuki kawasan selatan bandar pelabuhan Aden semalam.

Pegawai kanan tentera menyifatkan penghantaran anggota tentera terbabit sebagai misi meninjau, tatkala pertempuran tercetus di antara militan Syiah Houthi yang disokong Iran dengan pejuang yang setia kepada Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi.

Ini adalah kali pertama pakatan tentera diketuai Arab Saudi itu menghantar askar memasuki Yaman. Sebelum ini tentera pakatan hanya menggunakan pesawat pejuang untuk menggempur kedudukan militan Syiah Houthi dan pemberontak yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Pegawai kanan tentera Yaman berkata, pasukan yang mendarat di Aden itu akan membantu melatih pejuang yang setia dengan Abed Rabbo bagi menentang puak Syiah Houthi.

“Mereka juga akan mengenal pasti lokasi yang boleh dijadikan kawasan selamat untuk dijadikan pusat pentadbiran sekiranya Abed Rabbo dan kerajaannya kembali mentadbir Yaman,” kata pegawai tentera itu yang enggan dikenali.

Katanya, antara zon yang dikenal pasti ialah al-Bureqah di barat Aden dengan keluasan 15 kilometer di sepanjang pantai yang turut menempatkan kilang penapis minyak utama.

Kementerian Pertahanan Arab Saudi enggan mengulas mengenai pendaratan anggota tentera terbabit di Aden. Bagaimanapun, pegawai kanan tentera mengulangi bahawa operasi di darat akan dibantu oleh serangan udara tentera pakatan.

Anggota tentera pakatan dengan berpakaian topeng hitam dilihat mendarat di kawasan antara Aden dan al-Mansoura. Mereka yang dilengkapi senjata canggih menggunakan empat kenderaan yang bergerak di sekitar Aden dibantu pejuang yang setia kepada Abed Rabbo. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?