PEMBINA lancar kempen #‎KembalikanTanahRohingya

tanah-rohingya

BANGI, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengajak seluruh umat Islam bersama mereka dalam kempen mengutuk kekejaman pelampau Buddha Myanmar ke atas etnik Muslim Rohingya.

Menggunakan hashtag #‎KembalikanTanahRohingya, rakyat diajak menukar gambar profil di akaun facebook mereka bermula hari ini dengan gambar khas yang disediakan mereka di facebook.

“Ayuh kita sebarkan mesej marah kita kepada mereka dengan share dan tukar profile picture baru ini! 

“Kita akan berkempen bersama-sama sehingga Kerajaan Myanmar menghentikan kekejaman mereka,” kata Anggota Jawatankuasa Pusat PEMBINA, Aizat Farhan Rohizat.

Aizat berkata, sepanjang kempen ini, pihaknya akan mendedahkan segala penipuan dan penindasan yang berlaku supaya dunia tahu betapa bencinya pelampau Buddha Myanmar terhadap umat Islam.tanah-rohingya-2

“Adakah kita nak biarkan pelampau Buddha Myanmar meneruskan penindasan mereka? Sampai bila lagi keadaan ini akan berterusan?

“Berapa ramai nyawa lagi patut dikorbankan sehingga pelampau Buddha Myanmar dihukum pada muka keadilan?

“Sudah tiba masa kita letakkan tanda noktah pada krisis ini,” katanya.

Wirathu menjadi perhatian apabila majalah Time dalam keluaran Julai 2013 lalu meletakkan gambarnya pada muka depan dengan tajuk ‘The Face of Buddhist Terror’.

Keganasan pelampau Buddha di negara rejim aparthiet Myanmar terhadap umat Islam meningkat dalam tempoh dua tahun lalu.

Ia didalangi kumpulan ekstremis Buddha 969 diketuai sami Wirathu yang menghasut kepada kebenciatimesn kepada umat Islam di negara itu.

Rakhine antara wilayah umat Islam minoriti Rohingya paling tertindas. Pada tahun 2012, lebih 200 orang mati dibunuh dan ribuan lagi menjadi pelarian.

Pada Januari 2014, polis Burma membakar sekurang-kurangnya 70 kediaman Rohingya di kampung Du Char Yar Tan, di mana sekurang-kurangnya 48 orang Islam dikatakan telah dibunuh oleh perusuh Buddha.

Kini, ribuan mereka bersabung nyawa lari melalui laut dan cuba mendapatkan perlindungan dari negara asia lain termasuk Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?