Pemilihan PAS: Pertembungan kelompok ulama, liberal

Penentu hayat kumpulan liberal dalam PAS


ADIB-RAWI_MUKTAMAR-PAS-SATURDAY009_0

Oleh Azri El

BANGI, Rabu – Muktamar Tahunan PAS ke-61, awal bulan depan bakal menyaksikan pertembungan dua kelompok utama dalam parti itu, ulama dan liberal.

Senarai pencalonan yang diumum Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini, menyaksikan semua jawatan tertinggi parti itu berdepan pertandingan dua penjuru antara kedua-dua kelompok berkenaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal ditentang bekas Naib Presiden Ahmad Awang yang mesra PasMa, sebuah NGO dipelopori ahli PAS yang menentang kepemimpinan Abdul Hadi.

Bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pula, Mohamad Sabu yang dilihat lebih mesra DAP, akan dicabar Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dari kelompok ulama.

Jawatan Naib Presiden pula menyaksikan pertembungan enam calon bagi mengisi tiga tempat seperti diperuntukkan perlembagaan parti itu.

Tiga daripada calon jawatan itu adalah daripada kumpulan ulama iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad; Ahli EXCO Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Tiga lagi calon adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan dua penyandang jawatan itu Datuk Husam Musa serta Salahuddin Ayub.

Bagi jawatan Ketua Pemuda PAS pula, penyandangnya, Suhaizan Kaiat akan ditentang oleh Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia Februari lalu.

Selain itu, penyandang Ketua Dewan Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusoff sekali lagi dicabar Nuridah Salleh pada pemilihan kali ini.

Pemilihan kali ini disifatkan ‘paling sengit’ dalam sejarah pemilihan PAS sejak ia ditubuhkan.

Krisis dalaman antara kedua kelompok parti itu mula meruncing ketika isu ‘Langkah Kajang’ yang digerakkan oleh rakan sekutu mereka, PKR.

Ia ditambah pula dengan kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor, dan kini isu perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan yang menyaksikan penolakan oleh PKR dan parti cauvanis DAP.

Kumpulan liberal dalam PAS atau dilabel juga sebagai Anwarinas, dilihat cenderung mengkritik kepemimpinan ulama yang menentang beberapa keputusan unilateral yang dibuat PKR dan DAP.

Dengan pertembungan satu lawan satu pada pemilihan kali ini, ia dilihat sebagai penentu hayat kumpulan liberal dalam parti itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian