Pendatang haram Yahudi terus ceroboh Masjid Al-Aqsa

palestine-israeli-settlers-entering-al-aqsa4-435x239

JERUSALEM, Isnin – Puluhan ekstremis Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa, semalam dan cuba mencuri batu di kawasan itu, lapor Pusat Media Antarabangsa Timur Tengah.

Walaupun, dikawal ketat oleh polis Israel, kumpulan kira-kira 35 pendatang haram Yahudi itu memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa melalui Pintu Mughrabi.

Pengarah Jabatan Media Yayasan Wakaf dan Warisan Jerusalem, Mahmoud Abu Atta, kumpulan itu memecah masuk ke masjid sejak pagi dan mereka berpecah kepada beberapa kumpulan yang berkumpul di pekarangan Masjidil Aqsa.

“Pendatang haram itu bergerak ke arah timur menuju Masjid Marwani dan cuba mencuri batu di kawasan itu, tetapi dihalang oleh pengawal masjid,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, pendatang haram Yahudi dan ahli politik mereka sering menceroboh dan mencemari Masjid Al-Aqsa dengan menyerang warga Palestin yang beribadah di situ.

Sementara itu, dalam satu kejadian lain, sekumpulan lelaki Israel mengejar dan menyerang seorang wanita dan empat anaknya berusia 4 hingga 10 tahun ketika keluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Hebron, semalam.

Mirvat Abu Tuama dan empat anaknya Hazim, 10, Rahaf, 8, Lujayn, 5, and Liyan, 4, dikatakan sedang berjalan di Hebron apabila sekumpulan lelaki dari penempatan haram Yahudi mula mengejar, memaki hamun dan memukul mereka.

Ini adalah serangan ketiga dilaporkan sejak seminggu lalu membabitkan pendatang haram Yahudi menyerang orang awam Palestin, termasuk kejadian serangan terhadap delegasi Afrika Selatan yang melawat bandar lama Hebron. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?