Penganjuran IMEC tidak abai kaum lelaki

Asadullah

Asadullah Ali Al Andalusi

Oleh Suzaimi Johari

Ampang, 10 Mei – “Terima kasih kepada ISMA kerana memberi peluang kepada kaum lelaki seperti saya untuk menyertai persidangan berkaitan Feminisme hari ini,” kata salah seorang pendebat Muslim Debate Initiative (MDI), Asadullah Ali Al Andalusi yang kini menyambung Ijazah Kedoktoran di Universiti Malaya.

Katanya, kehadirannya pada Persidangan Pemerkasaan Muslimah Antarabangsa (IMEC) menunjukkan ISMA tidak abai kaum lelaki dan bukan bersikap ‘patriarchy’.

Dalam syarahan bertajuk ‘Still Collonised? Liberalism in Muslim Thought’ di persidangan semalam, beliau berkata, majoriti umat Islam masih dipengaruhi cara hidup Barat seperti cara berpakaian.

“Pemimpin dunia umpamanya lebih fasih berbahasa Inggeris daripada bahasa Arab, malah pakaian mereka lebih Barat daripada orang Barat itu sendiri.

“Golongan liberal menganggap agama tidak penting kerana tidak dapat menyelesaikan banyak masalah di dunia.

“Akibatnya, golongan Atheis meningkat kesan daripada liberalisme ini,” katanya.

Beliau berkata, mustahil sebuah negara Islam akan terbentuk jika Islam tidak diamalkan dengan betul.

“Umat Islam perlu kembali kepada asas Islam sebenar yang tiada percampuran unsur liberal dan sekularisme,” katanya.

Persidangan sehari suntuk anjuran Wanita ISMA dan PEMBINA serta The Muslim Debate Initiative (MDI) berpangkalan di London ini berjaya menarik kehadiran seramai 300 orang termasuk delegasi dari Indonesia dan Singapura.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian