PM Luxembourg kahwini pasangan gay

luxemburg

LUXEMBOURG, Sabtu – Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel, menjadi pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) pertama yang berkahwin dengan pasangan gay beliau, lapor media.

Bettel, 42, menjadi Perdana Menteri pada 2013 berkahwin dengan seorang arkitek Belgium, Gauthier Destenay, beberapa bulan selepas gereja Roman Katholik membenarkan perkahwinan antara gay.

Bettel yang berpakaian sut biru laut dan pasangannya yang berpakaian sut gelap berpegangan tangan ketika mereka tiba di majlis perkahwinan di sebuah dewan yang dihadiri kira-kira 100 penyokong mereka.

Selain menjadi pemimpin pertama di kalangan 28 negara EU yang mengahwini gay, Bettel adalah Perdana Menteri kedua di dunia yang berkahwin dengan kaum sejenis.

Pada 2010, Perdana Menteri wanita Iceland, Johanna Sigurdardottir, berkahwin dengan pasangan sejenisnya Jonina Leosdottir. sigur

Mengulas perkahwinan itu, Perdana Menteri Belgium, Charles Michel, yang turut hadir berkata, majlis ini adalah ‘suatu sejarah’ bagi negara yang berjiran dengannya.

“Luxembourg memberi satu gambaran bahawa negara itu telah kehadapan dalam isu-isu sosial. Ia memberi satu mesej kepada peningkatan homophobia di Eropah,” katanya.

Pada Jun 2014, Parlimen Luxembourg meluluskan perkahwinan sejenis. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian