PM Turki bidas Barat hanya pandai ajar mengenai kebebasan

bantah-morsi-turki-2

Perserta yang berhimpun pada kempen pilihan raya AKP di Turki turut membawa kain rentang gambar bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi.

ISTANBUL, Selasa – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu, membidas sikap Barat yang sebelum ini mengajar dunia mengenai kebebasan demokrasi, tetapi berdiam diri dalam kes bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Bercakap dalam perhimpunan terbesar ketika kempen Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di sebuah dataran di daerah Maltepe di sini, beliau berkata, apa yang berlaku di Turki 55 tahun lalu kini berulang di Mesir.

Beliau merujuk kepada hukuman mati yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Turki, Adnan Manderes dan dua bekas menteri, selepas tentera merampas kuasa pada 1960.

“Mereka yang mengajar kita mengenai kebebasan ketika tunjuk perasaan di Dataran Gezi. Tetapi di mana mereka sekarang?,” katanya.

Perhimpunan di Maltepe itu dianggap yang terbesar sebagai kempen pilihan raya Turki, turut dihadiri oleh penyokong Morsi yang turut membawa kain rentang besar wajah bekas Presiden Mesir yang dihukum mati oleh mahkamah negara itu, Sabtu lalu.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, sekutu dan rakan rapat Morsi, Sabtu lalu mengecam sikap membisu Barat terhadap kerajaan Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap Morsi.

“Mesir hari ini sudah kembali ke Mesir lama. Anda tahu berapa lama usia Mesir bukan?,” soal Erdogan di hadapan penyokongnya dalam satu himpunan di Istanbul sejam selepas hukuman terhadap Morsi diumumkan.

“(Presiden Mesir, Abdul Fattah) As-Sisi tidak boleh disekat. Barat tidak mengambil pendirian terhadap As-Sisi si perampas. Walaupun Barat tidak bersetuju hukuman mati, namun untuk Morsi, mereka hanya menonton keputusan hukuman mati itu. Mereka (pemimpin Barat dan Sisi) sebenarnya bersekongkol dalam hal ini,” katanya. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?