Rakyat bimbang kerajaan ambil dana awam timbus hutang 1MDB: ISMA

azar5

Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman

Oleh Azri El

BANGI, Khamis – “Rakyat mempunyai asas yang kukuh untuk bimbang, kemungkinan kerajaan terpaksa memunggah dana awam untuk menimbus lubang hutang besar yang digali oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).”

Demikian kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah NGO Islam sederhana, Abdullah Zaik Abd Rahman, dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebimbangan itu termasuk kemungkinan kerajaan menjual aset kepada pihak asing yang juga mungkin mengorbankan kepentingan negara.

Katanya, jika ini berlaku, ia boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kedudukan kewangan negara dan mewujudkan krisis kehilangan keyakinan oleh para pelabur untuk melabur di negara ini.

Selain mencalar kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kesan kegagalan pelaburan 1MDB juga akan ditanggung oleh semua rakyat.

“Rakyat diselubungi kebingungan bagaimana pengurusan 1MDB dan Kementerian Kewangan boleh melakukan urusniaga yang nyata kelihatan tidak efisien dan berkesan,” katanya.

Sehubungan itu, Abdullah Zaik berkata, beban hutang syarikat pelaburan strategik negara itu memerlukan langkah penyelesaian komprehensif dan konkrit.

Katanya, sehingga kini belum ada cadangan yang meyakinkan dikemukakan oleh pengurusan 1MDB mahupun Kementerian Kewangan untuk menyelesaikan beban tersebut.

“Pada saya tindakan menyerahkan kepada siasatan audit tidak berkesan dan hanya untuk melepaskan tanggungjawab.

“Apa yang perlukan sekarang ialah memberi penjelasan yang telus disertakan dengan tindakan dan langkah-langkah bagaimana pengurusan 1MDB dan Kementerian Kewangan akan menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya.

1MDB merupakan firma pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Agensi pelaburan negara itu kini dilaporkan menanggung hutang RM42 bilion, mendapat kritikan banyak pihak.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?