Sarawak tak akan keluar dari Malaysia

adenan-satim

Oleh Afiq Shazwan

KUCHING, 6 Mei – Sarawak tidak akan keluar dari Malaysia. Demikian ditegaskan Ketua Menteri, Tan Sri Haji Adenan Satem pada satu pertemuan khas antara beliau dengan pelajar dan profesional dari Sarawak di London kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas aktivis pemisah Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), Yapp Kim Youn atau lebih dikenali sebagai Doris Jones meminta untuk bertemu dan bergambar dengan beliau.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang di dalam status Facebooknya berkata, Doris Jones telah meluru masuk tanpa diundang pada pertemuan tersebut.

Doris Jones, 46, yang kini berada di dalam senarai yang dikehendaki pihak polis, turut ditemani oleh Pengarah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Swiss, Bruno Manser Fund (BMF), Lukas Straumann.

Doris Jones mendapat perhatian pihak berkuasa berikutan gerakannya membawa agenda pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia.

Wanita yang berasal dari Labuan itu juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Liberal Kebangsaan (NLP), sebuah parti politik ultra-nasionalis yang baru berdaftar di United Kingdom (UK). Doris menetap dan bekerja di UK hampir 20 tahun.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri World Wide Fund for Nature (WWF), Green Peace dan Wildlife Conservation Society, Adenan Satem juga mengalu-alukan kerjasama mana-mana NGO alam sekitar yang bersungguh-sungguh memulihara khazanah hutan di Sarawak.

Pada masa yang sama beliau turut memberi amaran sekiranya mereka mempunyai agenda yang lain.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian