Saya tak akan letak jawatan: Azeez

azeez

BANGI, 10 Mei – Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau sama sekali tidak akan berundur dari jawatannya sekalipun TH dipalit isu pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange.

Bercakap kepada media semalam, Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merugikan TH.

“Apa kena mengena (letak jawatan)? Kalau saya rugikan duit TH, bolehlah desak saya letak jawatan,” katanya.

Ekoran pengesahan TH membeli satu plot tanah milik 1MDB yang disifatkan sebagai ‘menyelamatkan” syarikat sedang nazak, banyak pihak mendesak Azeez meletak jawatan.

Ini kerana, ketika isu ini mula dibongkar dan menjadi viral di media sosial, Azeez menafikan pembelian itu dan kemudian membuat pusingan U, selepas TH mengesahkan sebahagian pendedahan itu benar.

Sementara itu, Azeez berkata sejak beliau menerajui TH, dividen pendeposit berjaya ditambah.

“Sebelum ini, TH bayar dividen 5.5 peratus. Alhamdulillah, secara kebetulan sejak saya jadi pengerusi dan rakan-rakan lain dalam lembaga pengarah sertai TH, kita bayar dividen 6 peratus (bonus tahunan) tambah 2 peratus (bonus haji) jadi 8 peratus pada 2013.

“Tahun lalu pula kita bayar 6.25 peratus (bonus tahunan) tambah dua peratus (bonus haji) sebanyak 8.25 peratus,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?