Sekolah arah pelajar makan babi diperintah bayar pampasan

1.1

COPENHAGEN, Isnin – Seorang pelajar perempuan Islam yang meninggalkan sekolah memasak selepas dipaksa merasai babi yang dimasak di dalam kelasnya menerima sekitar AS$6,000 (40,000 krone Denmark) sebagai pampasan.

Kejadian tercetus apabila pelajar perempuan berusia 24 tahun itu yang namanya dirahsiakan diberitahu oleh pihak sekolah bahawa dia mesti merasai makanan yang dimasaknya, lapor akhbar harian Denmark, Politiken.

Antara bahan yang perlu dimasak termasuk babi, menyebabkan pelajar berkenaan enggan memasaknya.

“Oleh kerana dia enggan memasak, pihak sekolah mengarahkan pelajar itu hanya merasainya bukan memakan terus,” lapor akhbar itu.

Pelajar berkenaan yang berasal dari Libya dan datang ke Denmark sejak bayi lagi menyedari bahawa pihak sekolah mengarahkan pelajar memasak makanan berasaskan daging babi dan wain.

“Bagaimanapun, keperluan untuk merasai makanan itu dikatakan menjadi kemestian bagi setiap pelajar,” lapor akhbar itu.

Selepas dipaksa merasai daging babi itu, pelajar berkenaan membuat aduan kepada sebuah badan yang mengawasi masalah diskriminasi dan boleh mengeluarkan perintah membayar pampasan kepada mana-mana pihak yang terlibat.

Pelajar itu memaklumkan dia tidak lagi ke sekolah kerana peraturan yang memaksa pelajar merasai makanan yang dimasak, termasuk babi dan tindakan itu adalah satu diskriminasi terhadap agama.

Berikutan itu, badan berkenaan yang bersetuju dengan tuduhan diskriminasi itu mengarahkan pihak sekolah membayar pampasan sebanyak AS$6,005, berbanding AS$70,000 yang diminta.

Islam adalah agama kedua terbesar di Denmark selepas Gereja Lutheran Protestant, dengan penduduk minoriti muslim dianggarkan 200,000 orang iaitu tiga peratus daripada 5.4 juta populasi negara itu. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian