Selamatkan pelarian Islam Rohingya dengan segera

rohingya

Helikopter menggugurkan bekalan makanan kepada ratusan pelarian Rohingya yang kini terapung di Selat Melaka.

BANGI, Jumaat – Kerajaan Malaysia digesa menyahut seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya memberi bantuan segera bagi menyelamatkan pelarian Rohingya yang kini dilaporkan terkandas di Selat Melaka.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan Kerajaan Malaysia berdiam diri dalam isu ini, bukan satu pilihan bijak, malah hanya akan memburukkan keadaan.

“Bertindak sekarang untuk menyelamatkan orang Rohingya daripada lemas. Mohon pemimpin Malaysia menyahut seruan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa. Diam bukan pilihan,” katanya.

Dianggarkan 1.3 juta orang Islam Rohingya meninggalkan negara mereka ekoran krisis kemanusian, dengan menaiki bot-bot nelayan menuju ke negara-negara di Asia Tenggara.

Mereka selaku kumpulan minoriti Islam di Maynmar berdepan penganiayaan di negara itu yang majoriti penduduknya beragama Buddha.

Isnin lalu, lebih 1,000 pelarian mendarat di Langkawi, sementara beberapa kapal lagi didakwa terkandas di tengah lautan Selat Melaka.

Ada di antara mereka dilaporkan terpaksa meminum air kencing sendiri untuk meneruskan hidup.

Sementara itu, ketegasan sama turut disuarakan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam),Tan Sri Hasmy Agam.

Beliau menggesa Kerajaan Malaysia memainkan peranan seperti yang terkandung dalam perisytiharan hak asasi manusia antarabangsa.

“Tindakan pihak berkuasa mestilah bersifat perikemanusiaan dan langkah untuk tangani isu tersebut perlu diterima pakai oleh negara ini seperti yang dinyatakan dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD).

“Apa yang tertakluk dalam konvensyen-konvensyen tersebut terpakai kepada semua tanpa mengira status kewarganegaraan atau imigresen seseorang. Di peringkat antarabangsa, CRC menuntut bahawa, pelarian kanak-kanak mesti dianggap dan dilindungi sebagai kanak-kanak, dan tanggungjawab untuk memastikan kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut menjadi keutamaan paling penting,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian