Selepas dua abad Athens bakal mempunyai masjid, beribadat secara terbuka

greek-parlimen

ATHENS, Jumaat – Sejak berakhirnya pemerintahan Empayar Ottoman di Greek kira-kira dua abad lalu umat Islam di negara itu selain daripada dihalang bersolat secara terbuka, mereka juga tidak dibenarkan membina masjid.

Larangan itu meletakkan Athens kekal sebagai satu-satunya ibu negara terakhir bagi sebuah negara Kesatuan Eropah yang tidak mempunyai masjid.

Namun, tatkala siri debat mengenai hak umat Islam Greek untuk memiliki masjid berterusan, Parlimen negara itu akhirnya meluluskan pindaan undang-undang membenarkan pembinaan masjid di sini.

Parlimen Greek yang bersidang dua hari lalu mengundi untuk meluluskan pindaan undang-undang yang dicadangkan oleh gabungan sayap kiri Ahli Parlimen, SYRIZA, walaupun mendapat tentangan daripada parti berhaluan kanan, lapor TRT World.

Walaupun, tidak dipersetujui oleh rakan sekutu SYRIZA, Independent Greeks (ANEL), pindaan itu mendapat sokongan daripada parti pembangkang, New Democracy dan Panhellenic Socialist Movement (PASOK).

Masjid itu dirancang dibina di kawasan Votanikos di Athens.

ANEl dan parti Neo-Nazi, Golden Dawn, secara konsisten menentang pembinaan masjid di Votanikos di mana pengamal undang-undang ANEL, Stavroula Xoulidou, mendakwa projek itu ‘tidak boleh diterima dan provokatif’.

Rancangan pembinaan masjid di Athens bermula pada 1880 lagi, termasuk ketika Sukan Olimpik pada 2004, tetapi dihalang.

Sejak dua abad lalu, Athens tidak mempunyai sebuah masjid selepas Empayar Ottoman bersetuju membenarkan Greek menjadi sebuah negara merdeka.

Terdapat kira-kira 200,000 orang Islam yang tinggal di Athens dan kebanyakannya menggunakan gudang dan ruang bawah tanah untuk dijadikan masjid.

“Kami terpaksa bersolat di dalam garaj. Ini bukan kerana kami tidak mempunyai wang bagi membina masjid, tetapi mereka tidak memberi kelulusan untuk bersolat secara terbuka,” kata Presiden Persatuan Muslim Greek, Naim El Ghandour. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian