Singapura import semula daging babi dari Sarawak

Frozen Pork in Singapore
SINGAPURA, Khamis – Jabatan Veterinar dan Makanan Agro Singapura (AVA) telah memberikan lampu hijau kepada produk beku babi dari Sarawak supaya diimport semula ke negara itu sejak diharamkan lebih satu dekad.

Sebanyak sembilan tan produk itu telah memasuki Singapura sejak bulan Februari tahun ini.

Sebelum ini, semua produk babi dari Malaysia dihalang daripada diimport bermula tahun 1999 akibat penularan virus Nipah.

Virus itu dibawa oleh babi dan menyebabkan kematian lebih seratus orang rakyat Malaysia di kalangan penternak dan pekerja kandang babi.

Jurucakap AVA berkata, babi di kandang dan sebuah rumah sembelihan di Sarawak telah dipantau dan didapati mematuhi syarat kesihatan, keselamatan dan kebersihan yang ditetapkan AVA.

“Semasa siasatan, kami melihat ada penambahbaikan di rumah sembelihan,” katanya.

Satu sampel juga telah diuji di makmal veterinar AVA dan sampel itu telah lulus syarat-syarat keselamatan makanan.

Sementara itu, Austria juga telah dikenal pasti sebagai salah satu sumber produk babi bagi Singapura.

Bermula tahun lepas sehingga bulan April tahun ini, kira-kira 175 tan daging babi beku telah diimport ke Singapura.

Singapura juga telah mengimport semula produk daging lembu dari Britain pada Julai tahun lalu setelah diharamkan pada September 2013 kerana penyakit lembu gila.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?