Tentera Jerman lantik imam, buka pusat ibadat Islam

tentera-jerman

BERLIN, Isnin – Jerman memutuskan untuk melantik seorang imam dalam perkhidmatan ketenteraannya, kali pertama satu jawatan baharu bagi memenuhi keperluan ibadah anggota tentera yang beragama Islam.

Jurucakap Unit Tentera Bundeswehr berkata, Islam menjadi agama ketiga terbesar di negara ini dan pihaknya berusaha untuk menyediakan seorang imam untuk tentera Muslim.

Awal bulan lalu pemerintah Jerman telah membuka pusat ibadah bagi anggota tentera beragama Islam di bahagian barat bandar Koblenz.

Ini berikutan sejak tahun 1960-an, tentera Jerman yang beragama Katolik dan Protestan juga mempunyai gereja masing-masing.

Berdasarkan data yang dimiliki unit tentera Jerman, mereka mempunyai 1,600 kakitangan Muslim, manakala penduduk yang beragama Islam tinggal di Jerman mencatatkan kira-kira empat juta orang, termasuk 220,000 yang bermastautin di Berlin.

Melalui tinjauan baru-baru ini yang dibuat Universiti Munster, ia mendapati Jerman memandang umat Islam lebih kepada sudut negatif berbanding jiran mereka di Eropah.

Untuk itu, inisiatif daripada pihak ketenteraan ini boleh dilihat sebagai satu langkah yang tepat ke arah menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh umat Islam di Jerman. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?