Tentera zionis roboh Masjid, rumah rakyat Palestin

palestin-1

BEERSHEBA (ISRAEL), Rabu – Tentera rejim Zionis memusnahkan sebuah masjid yang dalam pembinaan di Wadi al-Niam berhampiran bandar ini, semalam.

Penduduk tempatan berkata, beberapa jentolak memasuki kawasan perkampungan Badwi itu dengan dikawal ketat berpuluh-puluh anggota tentera.

Mereka memusnahkan keseluruhan asas bangunan masjid yang telah dibina.

Ketua Jawatankuasa Tempatan, Labbad Abu Affash, memberitahu tentera Zionis merobohkan sebuah rumah dan bangunan lain di kampung itu setiap minggu.

Dalam beberapa kes, pemilik kediaman meroboh sendiri rumah mereka bagi mengelak membayar denda berat yang dikenakan oleh Israel.

“Mereka bertindak keras dan ganas terhadap kampung kami dalam usaha memaksa kami berpindah ke bandar Shaqib al-Salam.

“Mereka tidak mengiktiraf kampung kami yang merupakan rumah kepada 14,000 penduduk Palestin,” kata Abu Affash.

Perkampungan Wadi al-Niam antara 40 buah kampung yang enggan diiktiraf penjajah Israel, dengan alasan bahawa 53,000 rakyat Palestin yang tinggal di situ tidak mempunyai hak milik tanah.

Dalam usaha menghalau penduduk, pihak berkuasa Zionis itu memutuskan bekalan air serta menyalurkan sisa toksik ke kawasan sungai berdekatan.

Pihak tentera juga mewujudkan zon tembakan di kawasan padat penduduk.

Kira-kira 100 buah rumah di kampung-kampung yang tidak diiktiraf telah dirobohkan sejak awal tahun 2015, manakala pihak berkuasa Israel telah mengeluarkan notis perobohan kepada beratus-ratus rumah lain. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?