Tidak mungkin hukuman dapat dilaksanakan: Al-Qaradawi
QATAR, Ahad – Ketua Kesatuan Ulama Sedunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi berkata hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya, Presiden Morsi dan pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin tidak akan berjaya dilakukan.
Bercakap kepada Aljazeera, Al-Qaradawi yang dituduh terlibat dalam serangan ke atas Penjara Natroun semasa Revolusi 25 Januari 2011, berkata keputusan Mahkamah Jenayah Kaherah semalam tidak mempunyai apa-apa nilai dan tidak perlu diteruskan lagi.
Semalam mahkamah Mesir memutuskan kertas kes Al-Qaradawi, Presiden Morsi dan lebih 100 pemimpin dan ahli Ikhwan Muslimin dihantar kepada pejabat Mufti untuk diambil apa-apa pandangan sebelum hukuman dijatuhkan.
Mereka dituduh terlibat dengan kesalahan ‘serangan ke atas penjara’ dan kesalahan ‘risikan bersama Hamas’ yang membawa kepada hukuman mati.
Al-Qaradawi yang tidak hadir perbicaraan semalam berkata, hukuman itu bercanggah dengan undang-undang Allah, undang-undang, uruf dan akhlak manusia.
“Tiada siapa dapat menerima keputusan ini. Mufti pun tidak kenal mereka 130 orang ini, bagaimana dia akan berikan pandangan?
“Mereka menuduh saya menggalakkan rakyat keluar revolusi melawan Hosni Mubarak, sedangkan ia adalah hak rakyat untuk keluar menentang kezaliman pemerintah,” katanya. – AGENSI
Artikel berkaitan:
Morsi, lebih 100 pengikut dijatuhi hukuman mati
Bahaya campur tangan asing dalam politik negara: ISMA
Ulasan
Catat Ulasan