Tun M: Negara huru-hara jika pakatan jadi kerajaan
Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin
BANGI, 11 Mei – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak dapat menerima sekiranya Malaysia diperintah oleh pakatan pembangkang.
Katanya, percanggahan perkara dasar di kalangan anggota pakatan mampu menyebabkan huru-hara kepada negara apabila mereka memerintah kelak.
“Jika pakatan menjadi kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.
“DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri,” tulisnya dalam entri terbaru di blognya chedet.cc hari ini.
Namun pada masa yang sama, Tun Mahathir menyatakan Barisan Nasional (BN) bakal kalah jika Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjadi presiden.
“Saya sedar jika saya tidak sokong Najib parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU 14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak.
“Jika kepimpinan UMNO dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan terlalu singkat sebelum PRU 14,” katanya lagi.
LAGI MENYUSUL
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan