Tunisia mula kempen antarabangsa tentang hukuman mati ke atas Morsi

bekas presiden tunisia
TUNISIA, Rabu – Mantan Presiden Tunisia Moncef Marzouki semalam membuat kenyataan mewakili semua pihak termasuk ahli politik, tokoh akademik, aktivis sosial, hak asasi, undang-undang, media membantah hukuman mati yang dikenakan ke atas Presiden sah Mesir Muhammad Morsi dan penyokongnya.

Berkata di laman rasmi di facebook, Marzouki menyifatkan perbicaraan tidak mengikut prosedur yang betul dan boleh mengakibatkan keganasan dan peperangan saudara.

Beliau menyeru semua pihak untuk bertemu di satu titik yang disepakati bersama iaitu menentang keganasan, tidak berbalas dendam, patriotik terhadap negara.

Marzouki memegang jawatan sebagai Presiden Tunisia selama empat tahun, bermula 2011 hingga 2014.

Minggu lalu lebih seratus penyokong Ikhwan Muslimin termasuk Presiden Mesir yang sah Muhammad Morsi dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Jenayah Kaherah atas kesalahan rusuhan di Penjara Natroun dan melakukan jenayah risikan bersama Hamas. – AGENSI

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?