Utama agenda jati diri dalam setiap program Festival Belia
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 4 Mei – Kehadiran 22 hingga 24 Mei ini pasti dinantikan jutaan anak muda untuk menyambut Hari Belia Negara dalam satu festival di Putrajaya.
Sehubungan itu Ketua Pemuda ISMA, Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad, menuntut pihak kerajaan terutama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar mengadakan program dan aktiviti yang lebih mengutamakan agenda membangunkan jati diri para belia.
“Kita tidak mahu program-program yang meruntuh jati diri serta budaya Islam dan ketimuran para belia negara diadakan dalam aktiviti sepanjang festival ini.
“Jangan kerana ingin memuaskan hati dan kehendak sekelumit belia bukan Islam, hasrat dan kepentingan belia-belia Melayu Islam lain digadaikan dengan penganjuran program-program sampah yang tidak bermoral,” tegasnya.
Setiap tahun KBS dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan satu festival bagi meraikan golongan belia di negara ini. Bermula dengan sambutan Hari Belia Negara, kemudiannya pada tahun 2013 ia telah ditukar nama kepada Festival Belia.
Pelbagai aktiviti, program, booth, pertandingan yang diadakan sepanjang festival ini.
Jelas Lukman, cubaan menonjolkan ‘talent’ atau pelbagai bakat dari kalangan anak muda seperti yang dianjurkan sebelum ini adalah satu pendekatan yang strategik dan sangat baik.
“Namun apa yang penting, ianya perlu mengikut batas dan jalur ajaran agama.
“Serapkan elemen-elemen Islam dalam setiap tentatif program. Bukan dicampak di satu sudut program ceramah dan qiamullail semata-mata dan dibiarkan kosong tidak terisi,” tegasnya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan