Vatican umum iktiraf negara Palestin

vatican iktiraf palestin
Vatican City, Khamis – Vatican secara rasmi mengiktiraf negara Palestin dalam perjanjian baru dimuktamadkan semalam.

Kandungan perjanjian baru itu menjelaskan Holy See menukar pendirian diplomatik terhadap Palestin daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin kepada negara Palestin.

Vatican telah menyambut baik keputusan Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2012 untuk mengiktiraf sebuah negara Palestin.

Namun perjanjian baharu yang diadakan semalam itu, merupakan perjanjian dokumen undang-undang yang pertama dirundingkan antara Holy See dan negara Palestin dan merupakan pengiktirafan diplomatik rasmi.

“Ya, ia adalah pengiktirafan bahawa negara Palestin wujud,” kata jurucakap Vatican, Rev. Federico Lombardi.

Israel kecewa

Perkembangan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan Zionis yang menuduh ia sebagai cubaan menentang rancangan keamanan Israel.

Kementerian Luar Israel berkata pihaknya kecewa dengan sikap Vatican itu.

“Langkah ini tidak menggalakkan proses damai dan menjauhkan kepimpinan Palestin daripada kembali untuk mengadakan rundingan dua hala.

“Israel akan mengkaji perjanjian itu dan akan mempertimbangkan langkah-langkah yang sewajarnya,” kata kementerian itu dalam satu mesej.

Perjanjian itu dimuktamadkan sehari sebelum Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengadakan lawatan kepada Pope Francis di Vatican. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?