Wan Azizah menang di Permatang Pauh

PRK-permatang pauh

PERMATANG PAUH, 7 Mei – Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi suaminya Anwar Ibrahim selepas memperoleh 30,316 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, hari ini.

Wan Azizah menang dengan majoriti 8,841 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin yang memperoleh 21,475 undi.

Pilihan raya itu dicemari beberapa pergaduhan, merosakkan kenderaan pihak berkuasa dan mencederakan jurugambar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Anwar menang dengan majoriti 11,721 undi dengan memperoleh 37,090 undi, manakala calon BN, Dr Mazlan Ismail mendapat 25,369 undi.

Dua lagi calon dalam PRK itu, Salleh Isahak (Bebas) mendapat 367 undi dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia memperoleh 101 undi. Undi rosak ialah 843 undi.

Pengumuman rasmi keputusan dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail di pusat penjumlahan undi SPR di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara di sini, malam ini. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?