Zionis lulus bina 900 rumah Yahudi di tanah Palestin

Demolition-of-a-Palestini-006

Rumah penduduk Palestin dirobohkan oleh rejim Zionis bagi membina penempatan Yahudi.

JERUSALEM, 8 Mei – Rejim Israel semalam, meluluskan pembinaaan 900 unit kediaman baru penduduk Yahudi di timur Baitulmaqdis dalam wilayah Palestin yang diduduki.

Jurucakap Peace Now, Hagit Ofran, berkata Jawatankuasa Perancangan Daerah meluluskan pembangunan penempatan baru itu di amat Shlomo.

“Permintaan mereka dibenarkan untuk membina penempatan tersebut,” katanya.

Pada Mac 2010, Kementerian Dalam Negeri Israel mengumumkan rancangan untuk membina 1,600 rumah di Ramat Shlomo, sebuah kawasan penempatan Yahudi Ortodok di timur Baitulmaqdis.

Pengumuman yang dibuat ketika lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ke Israel itu mencetuskan bantahan keras AS dan mengeruhkan hubungan Israel dengan Washington selama berbulan-bulan.

Pada November 2013, rancangan peringkat seterusnya diluluskan tetapi pembinaan hanya akan diadakan sehingga Jawatankuasa Perancang memutuskan jalan baru dibina pertama.

“Pelan (untuk 900 unit) telah diluluskan walaupun mereka tidak mempunyai jalan raya,” kata Ofran.

Langkah meluluskan projek tersebut menyaksikan rejim Zionis terus meluaskan penempatannya di kawasan penempatan penduduk yang mendapat kritikan hebat daripada Palestin serta masyarakat antarabangsa. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian