1,000 asnaf di Melaka terima Insurans Takaful Kasih

MELAKA, Isnin – Seribu asnaf termasuk amil zakat (harta) 2015-2016 di Melaka akan menerima manfaat daripada Insurans Takaful Kasih yang dikendalikan Agro Bank dan Pusat Zakat Melaka (PZM).

Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md Amin, berkata usaha itu merupakan tanggungjawab sosial untuk masyarakat khususnya golongan asnaf menerusi perlindungan Insurans Takaful Kasih yang berlandaskan syariah.

“Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imej PZM sebagai badan pemungut zakat dalam membantu golongan asnaf amil zakat (harta),” katanya ketika berucap di Seminar ‘Ahlan Yaa Ramadan’ dan Majlis Pentauliahan Amil-amil Zakat Fitrah di Seri Negeri di sini hari ini.

Seminar anjuran MAIM, PZM dan Jabatan Mufti Melaka itu bertujuan memberi penerangan berkaitan zakat kepada amil-amil dan tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu, Yaakob berkata produktiviti kerja khususnya para amil harus dimantapkan dan dilaksanakan sebaiknya bagi meningkatkan kutipan zakat fitrah pada tahun ini.

Beliau turut mengumumkan kadar zakat fitrah bagi negeri Melaka tahun ini kekal seperti tahun lepas iaitu RM6.70. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian