10.40 pagi: Najib tak hadir, ucapan Tun M disekat

Tun M sempat berucap lima minit sebelum diminta berhenti.

Tun M sempat berucap lima minit sebelum diminta berhenti.

Oleh Azri El

KUALA LUMPUR, Jumaat – Program dialog Najib bersama NGO hari ini bertukar menjadi dialog NGO bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas Datuk Seri Najib tidak hadir.

Pihak penganjur mengubah pelan asal itu selepas diarahkan oleh pihak polis agar membatalkan program itu, atas alasan keselamatan.

Tun M dijemput penganjur naik ke pentas untuk berucap bagi tidak mengecewakan hadirin yang hadir.

Selepas berucap hampir lima minit, ucapan Tun M diberhentikan selepas seorang pegawai polis mengarahkan program dihentikan.

Penganjur mengumumkan berlaku satu pergaduhan di luar dewan dan pihak polis telah membuat tangkapan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?