1MDB nafi pindah dana kepada pihak ketiga

1mdb

BANGI, Isnin – Syarikat kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menolak dakwaan yang pihaknya telah memindahkan dana dari syarikat itu kepada mana-mana pihak ketiga.

Menafikan tuduhan portal The Edge, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, berkata tiada sebarang kelulusan yang diberikan untuk pemindahan dana syarikat kepada pihak ketiga.

“Lembaga Pengarah 1MDB tidak pernah meluluskan apa-apa tindakan untuk memindahkan dana kepada pihak ketiga selain daripada penerima yang dimaksudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menafikan tuduhan beberapa artikel yang disiarkan akhbar The Edge pada Sabtu lalu.

Artikel itu mendakwa dana 1MDB telah dirancang untuk digunakan bagi mengambil alih UBG Bhd, yang kemudiannya disenaraikan di Bursa Malaysia. Artikel itu juga mendakwa dana yang digunakan oleh 1MDB untuk membiayai usaha sama itu adalah 1MDB PetroSaudi International yang mengambil alih UBG.

Susulan dakwaan ini, Arul berkata, 1MDB telah berkongsi maklumat dengan Jabatan Audit Negara dan Bank Negara Malaysia untuk penilaian lanjut dan siasatan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?