4 individu Islam fail injunksi halang Hadi bentang RUU hudud di Parlimen

fail-hudud

BANGI, Isnin – Empat individu Melayu memfailkan injunksi bagi menghalang pembentangan dan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud yang bakal dibawa Presiden PAS di Parlimen.

Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin memfailkan injunksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Khamis lalu, atas alasan pembentangan dan perbahasan itu bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Mereka mengemukakan injunksi itu menerusi peguam Siti Kasim dan Farez Jimmah.

Mahkamah menetapkan tarikh 12 Jun ini untuk pengurusan kes.

Empat difendan yang dinamakan dalam injunksi itu termasuk Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; dan kedua-dua Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Ronald Kiandee.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS, pada 18 Mac lalu telah menghantar usul RUU Persendirian, memohon pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Ia bagi memperluaskan kuasa kepada Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman sekali gus membolehkan perlaksanaan sebahagian daripada undang-undang Syariah khususnya di Kelantan.

Kerajaan Kelantan pada Mac lalu meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) untuk memberi laluan negeri itu melaksanakan undang-undang Islam.

Awal bulan lalu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) 11 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai hudud di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dalam notis usul itu, GERAKAN meminta Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada parti itu untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan bagi membincangkan dan memutuskan persoalan undang-undang sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mempunyai bidang kuasa menggubal EKJS 11 1993 (Pindaan 2015) itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian