Bawah tanah Jerusalem milik Palestin jadi tempat perkuburan Yahudi

makam jurusalem
JERUSALEM, Jumaat – Berikutan kawasan perkuburan Yahudi di Jurusalem yang samakin penuh, Israel kini mula menggali lebih dalam tanah di Jurusalem, yang merupakan tanah milik rakyat Palestin untuk menempatkan kubur rakyatnya.

Ketika ini, penggalian tanah sedang dilakukan di Gunung Olive Jerusalem. Projek ini dikatakan sebagai perlindungan baru, di mana orang-orang Yahudi Israel dikebumikan menggunakan insurans kebangsaan mereka di Jerusalem.

Projek ini dijangka menelan kos 50 juta USD, yang dibiayai secara peribadi oleh orang-orang Yahudi.

Rancangan pengebumian khas Yahudi ini akan dibina secara eksklusif, dihiasi dengan ukiran batu dan mempunyai lif.

Perkuburan di Jerusalem ini tidak hanya menarik 6 juta orang Yahudi tempatan sahaja, bahkan sekira 8 juta Yahudi yang tinggal di luar negeri yang juga merancang untuk menguburkan jasad mereka di kompleks perkuburan itu setelah meninggal dunia.

Yahudi dari seluruh dunia rela membeli tanah di kota suci sebagai tanah perkuburan, kerana mereka percaya bahawa Jerusalem adalah tempat kebangkitan setelah kematian.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?