Gempa Gunung Kinabalu : antara musibah dan peringatan

Gunung-Kinabalu

Ada orang bertanya, betulkah ada kaitan antara peristiwa pelancong berbogel di puncak Gunung Kinabalu dengan gempa yang berlaku?
Islam menghormati logik akal dan bukti saintifik. Islam tidak menolak hakikat bahawa apa yang berlaku terhasil dari pergerakan kerak bumi seperti fenomena biasa gempa bumi yang berlaku dimana-mana. Tetapi bagi orang yang beriman mereka yakin bahawa yang mengerakkan kerak bumi bahkan seluruh pergerakkan alam semesta adalah yang Allah SWT Maha Pencipta yang menguasai segala sesuatu. Tidak bergerak sesuatu kecuali dengan izinNya. Adapun kemungkaran yang berlaku dimana-mana, di atas atau di bawah gunung, di daratan atau di lautan, Allah SWT telah memberi amaran dalam al-Quran.

(وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ)
[Surat Al-Anfal 25]

“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.”

Bila berlakunya balasan Allah, yang zalim dan yang baik tidak akan terlepas kecuali mereka yang diselamatkan oleh Allah. Mudahan kita semua sentiasa berada dalam barisan orang yang bencikan kemaksiatan dan berusaha mencegahnya dengan segala kemampuan yang ada.

Ustaz Sarip Adul

 Majlis Ulama Isma (MUIS)

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian